Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra

Monday, May 18, 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER SMK ISMAIL PETRA

Pusat sumber SMKIP mula ditubuhkan pada tahun 1970 dengan mengubahsuai sebuah bilik darjah. Pada ketika itu ia hanya menempatkan koleksi buku-buku sahaja atau yang lebih tepat lagi dipanggil perpustakaan. Kemudian pada tahun 1988 sebuah bilik lagi diwujudkan bagi menempatkan alat-alat pandang dengar(APD) dan ketika itu istilah perpustakaan telah digantikan dengan panggilan Pusat Sumber Sekolah kerana wujudnya integrasi dan perkhidmatan bagi kedua-dua bilik tersebut.
Pada tahun 1997 PSS SMKIP mempunyai lebih 5 bilik darjah yang menghubungkan PSS(1) dan PSS(2) dalam satu blok bangunan 3 bilik menempatkan bahan bercetak dan 2 bilik tayangan (auditorium).
Kini PSS SMKIP berpindah ke tingkat 1 blok baru, mempunyai 3 ruang menempatkan bahan bacaan bercetak, 1 bilik PPSMI, dan 1 bilik bahan bantuan mengajar.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home