Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra

Tuesday, May 12, 2009

Kata Aluan Penyelaras PSS

Photobucket


ssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamduli'Llah, bersyukur kita kepada Allah Subhanahu wa Ta`la kerana dengan izinNya dan `inayah serta ri`ayahNya laman web ini dapat dibina.

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih kepada En. Mohamad Amin bin Ramli yang telah bekerja dengan gigih, hingga berjaya melahirkan blog edisi 2009 ini.

Blog merupakan satu kaedah terkini di dalam era ICT bagi sesebuah organisasi untuk menyebarkan maklumat. Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (SMIP) juga tidak mahu ketinggalan. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berurusan dengan pihak sekolah seperti Alumni PETRA dan ibubapa. Semoga laman ini dapat menjadi alat untuk menghubungkan pihak sekolah dengan masyarakat melalui penyebaran ilmu dan idea bagi membantu SMIP terus mencapai kecemerlangan yang lebih hebat untuk melahirkan pelajar yang CENDEKIAWAN, BERHEMAH dan CERGAS.

Akhir kata, semoga Blog ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat untuk mendapat manfaat darinya.

Sekian, terima kasih.

PN WAN MAKHZAN BT WAN YUSOFF
PENYELARAS PUSAT SUMBER SMK ISMAIL PETRA


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home